Monday, 5 September 2011

Alhamdulillah... tersedar dari kelalaian...

alhamdulillah.sengaja aku coretkan kata hati aku di sini sebab aku tiada sapa-sapa lagi nak diluahkan perasaan. hanya blog cabuk ni saja tempat yang mampu aku luahkan segala-galanya.. btw, hari ni aku rasa sangat-sangat down.. ini semua disebabkan sebab-sebab tertentu.. jujur aku katakan, sampai sembab mataku ini menangis seakan-akan meratapi apa yang terjadi. gila kan.. macam-macam yang aku fikir, sampai aku terlelap.. dalam dok aku terlelap sambil air mata masih lagi mengalir di pipi, aku seakan-akan bermimpi dan melihat diri aku yang dalam keadaan lalai, kadang-kadang tinggal sembahyang dan segalanye. terus aku tersedar dan duduk termenung mengenangkan mimpi aku tu.. aku terus gi mandi dan amik wuduk.. bentang sejadah dan qada balik sembahyang yang aku tinggalkan seboleh mungkin. akhirnya aku berdoa minta ampun dan bertaubat supaya dosa-dosa aku yang lalu diampunkan olehNYA.. aku seakan-akan mendapat semangat baru bila terjadi dugaan cmni kat aku,. sekarang pun aku dah rasa sangat tenang dan aman lepas aku luahkan segalanya atas tikar sembahyang tadi,. tidak aku nafikan, inilah manusia... bila dah susah baru ingat TUHAN.. aku harap, aku akan dapat terus berubah dan kembali menjadi diriku yang dulu.

-mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi hari ini-

No comments:

Post a Comment