Friday 15 April 2011

kisah katak.

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,.. yang berlumba-lumba.Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan  perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... Perlumbaan pun dimulakan... Secara jujur:Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka  TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak’.atau:"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!! Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... Kecuali mereka  yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak "Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!! Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
Tapi ada  SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi  satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!! Nasihat dari cerita ini adalah: Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu! Kerana itu:Selalulah tetap...POSITIF! 19)Dan yang terpenting: Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu! 21)Sahabat yang baik adalah sahabat yang sering  memberi motivasi antara satu sama lain.

“Dengki Khianat Adalah Perkara Sukar Untuk Mendaki, Manakal Motivasi Diri Adalah Tali Yang Menarik Anda Ke Puncak, Justeru Itu Dakilah Ke Puncak Jaya”

No comments:

Post a Comment